Sunday, February 16, 2014

Anda Seorang Yang Gagal, Jika Anda…

Anda pastinya inginkan kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburi. Namun bukan mudah untuk menempa kejayaan. Ada sahaja halangan yang menjadi faktor penghalang untuk anda berjaya. Berikut merupakan faktor-faktor yang menjadikan anda seorang yang gagal :-

1. Tujuan Hidup Yang Tidak Jelas
Anda akan gagal jika anda tidak mempunyai tujuan untuk hidup. Tiada matlamat yang jelas adalah antara sikap individu yang gagal. Sebagai seorang yang berjaya, anda diwajibkan mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas... Sebagai contoh, hidup kita di atas muka bumi ini adalah untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT. Dengan adanya matlamat, maka tujuan hidup anda akan lebih jelas kerana ada panduan dan ikutan.

2. Tiada Inisiatif Meningkatkan Taraf Hidup
Seseorang yang tidak pernah mengambil peduli tentang masa depan atau mengubah taraf hidupnya tidak akan keluar dari kepompong kegagalan untuk selama-lamanya. Usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup. Berada di zon yang selesa adalah tidak selamat untuk anda. Kerana anda hanya mementingkan diri sendiri. Selamanya anda akan gagal jika masih berada di tahap yang sama.

3. Tiada Pendidikan
Ramai orang beranggapan tahap pendidikan memainkan peranan yang penting untuk seseorang itu berjaya. Itu adalah tidak benar. Apa yang sepatutnya adalah usaha yang berterusan disamping keinginan untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Tiada pendidikan tinggi tidak bermaksud anda gagal. Kerana terbukti, ramai orang yang berpendidikan rendah mampu mengecapi kejayaan berkat kesungguhan dan kegigihan sendiri.

4. Tiada Disiplin Diri
Mendisiplin orang lain memang mudah berbanding memaksa diri sendiri untuk lebih berdisiplin. Penguasaan emosi amat perlu dalam usaha mengawal sesuatu keadaan. Ini kerana tanpa penguasaan emosi yang betul, kita pasti akan berhadapan dengan masalah apatah lagi yang berkaitan dengan urusan perniagaan.

5. Tubuh Yang Tidak Sihat
Tidak ada seorang pun yang mampu melaksanakan kerja atau tugas dalam keadaan tubuh yang sakit. Untuk itu, elakkan diri dari terdedah kepada jangkitan kuman dan amalkan gaya hidup yang sihat, jauhkan dari merokok, makan pemakanan yang seimbang dan banyakkan senaman.

Bersambung untuk Tips yang seterusnya...

* Anda masih tercari-cari peluang perniagaan... Jom bersama saya di DNA Global 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

.