Thursday, March 27, 2014

My Metro | Purata RM4.5 Juta Sebulan

NAZAR (kanan) dan Pengarah Pemasaran DNA Global Mohd Najahan Abd Rahman menunjukkan produk walet yang dijual syarikat mereka


Kuala Lumpur: DNA Global Sdn Bhd (DNA Global), pengeluar produk minuman berasaskan sarang burung walet menyasarkan perolehan purata lebih RM4.5 juta sebulan bersandarkan kepada penerokaan pasaran Indonesia mulai April ini.

Sebanyak lima produk minuman berasaskan sarang burung walet dari gua di Sabah dikeluarkan antaranya Walet Stevia dan Walet Ginseng.

Ketika ini, syarikat itu mempunyai 200,000 ejen di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazar Samat berkata, syarikatnya juga merancang untuk meneroka pasaran Thailand dan Brunei tahun ini.

Kedua-dua negara berkenaan kini di peringkat proses dokumentasi.

Beliau berkata, Indonesia menjadi pasaran penting kepada DNA global untuk meningkatkan perolehan bulanannya yang sebelum ini dicatatkan secara purata RM1.5 juta.

“Syarikat melihat penawaran produk kami bukan saja memberi manfaat kepada pengguna dari segi kesihatan, malah mampu memberi peluang perniagaan kepada orang ramai untuk menjadi ejen.

“Modal yang dikeluarkan oleh ejen dan menjadi stokis juga dilihat kompetitif bermula RM3,000 hingga RM38,000.

Keuntungan diberikan berbentuk komisen,” katanya pada majlis pengumuman DNA Global memasuki pasaran Indonesia, di sini.

Nazar berkata, DNA Global mereka bentuk pembungkusan khas untuk pasaran Indonesia yang menyatukan produk jus Walet Ginseng dan Walet Stevia masing-masing berkapasiti 1.5 liter sebotol.

Produk itu dijual pada harga RM140 satu pek di pasaran Malaysia dan Indonesia.

“Syarikat optimis produk ini akan mendapat sambutan pelanggan di pasaran asing memandangkan setiap hari kami menerima maklum balas positif daripada pelanggan,” katanya.

Artikel ini diterbitkan oleh myMetro pada 27/03/2014

P/S : Sertai kami sekarang sebagai Pengedar/Stokis DNA Global Sdn Bhd
P/S : Hubungi Admin ditalian 013-9199684 (Lokman) untuk info lanjut

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

.