Thursday, March 27, 2014

My Metro | Purata RM4.5 Juta Sebulan

NAZAR (kanan) dan Pengarah Pemasaran DNA Global Mohd Najahan Abd Rahman menunjukkan produk walet yang dijual syarikat mereka


Kuala Lumpur: DNA Global Sdn Bhd (DNA Global), pengeluar produk minuman berasaskan sarang burung walet menyasarkan perolehan purata lebih RM4.5 juta sebulan bersandarkan kepada penerokaan pasaran Indonesia mulai April ini.

Sebanyak lima produk minuman berasaskan sarang burung walet dari gua di Sabah dikeluarkan antaranya Walet Stevia dan Walet Ginseng.

Ketika ini, syarikat itu mempunyai 200,000 ejen di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazar Samat berkata, syarikatnya juga merancang untuk meneroka pasaran Thailand dan Brunei tahun ini.

Kedua-dua negara berkenaan kini di peringkat proses dokumentasi.

Beliau berkata, Indonesia menjadi pasaran penting kepada DNA global untuk meningkatkan perolehan bulanannya yang sebelum ini dicatatkan secara purata RM1.5 juta.

“Syarikat melihat penawaran produk kami bukan saja memberi manfaat kepada pengguna dari segi kesihatan, malah mampu memberi peluang perniagaan kepada orang ramai untuk menjadi ejen.

“Modal yang dikeluarkan oleh ejen dan menjadi stokis juga dilihat kompetitif bermula RM3,000 hingga RM38,000.

Keuntungan diberikan berbentuk komisen,” katanya pada majlis pengumuman DNA Global memasuki pasaran Indonesia, di sini.

Nazar berkata, DNA Global mereka bentuk pembungkusan khas untuk pasaran Indonesia yang menyatukan produk jus Walet Ginseng dan Walet Stevia masing-masing berkapasiti 1.5 liter sebotol.

Produk itu dijual pada harga RM140 satu pek di pasaran Malaysia dan Indonesia.

“Syarikat optimis produk ini akan mendapat sambutan pelanggan di pasaran asing memandangkan setiap hari kami menerima maklum balas positif daripada pelanggan,” katanya.

Artikel ini diterbitkan oleh myMetro pada 27/03/2014

P/S : Sertai kami sekarang sebagai Pengedar/Stokis DNA Global Sdn Bhd
P/S : Hubungi Admin ditalian 013-9199684 (Lokman) untuk info lanjut

Wednesday, February 26, 2014

Testimoni Pengguna DNA Global

Testimoni Terbaru...



Nama : AFIQ MD ZAIN
Umur : 17 TAHUN
Tempat : SUBANG PERDANA

Adik Afiq terlibat dalam kemalangan pada 22/1/2014, Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, akibat daripada kemalangan berlaku pendarahan di kepala dan luka diseluruh anggota badan...

Dimasukkan ke ICU dan KOMA beberapa hari. Selepas kemalangan terdapat gangguan SARAF OTAK, Beliau Meracau Racau, menggunakan LAMPIN untuk membuang air, selain tidak boleh BERJALAN, hilang SELERA MAKAN. Ibu Bapa beliau telah melakukan pelbagai cara untuk memulihkan INGATAN beliau, menggunakan kaedah BUKU ABC, GAMBAR GAMBAR, RAWATAN ACUPUNCTURE (Kaedah pemulihan urat saraf)...

Setelah diperkenalkan produk DNA GLOBAL JUS WALIT STEVIA & WALIT GINSENG, penggunaan selama SEMINGGU, keadaan ADIK AFIQ semakin baik. IBUBAPA beliau mengatakan perubahan hari demi hari telah berlaku, seperti adik AFIQ tidak lagi menggunakan LAMPIN , latihan MATEMATIK yang diberikan juga dapat dijawab dengan BETUL, tidak lagi MERACAU, sudah mula MENGENALI, boleh SOLAT, selera MAKAN meningkat, malah sudah boleh BERJALAN, kesan LEBAM juga HILANG, dan sudah boleh BERSEKOLAH kembali. Keadaan ADIK AFIQ juga sudah mula CERIA... SEMUANYA ADALAH KEBESARAN ALLAH SWT...

JUS WALIT STEVIA & WALIT GINSENG SEBAGAI IKHTIAR TERBAIK...
Lain-Lain TESTIMONI, klik sini...

Tuesday, February 25, 2014

Sijil Keahlian Perniagaan PPIM - DNA Global



Alhamdulillah, Pihak Syarikat telah memperbaharui Sijil Keahlian Perniagaan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sehingga 16 Disember 2016, dengan Nombor Pendaftaran : BMF-PPIM00050.

Antara tujuan lain Sijil ini diperlukan adalah seperti berikut :-
# Menyatukan jaringan persaudaraan antara umat Islam seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk mengimbangi kedudukan umat Islam di dunia yang makin ketinggalan dalam berbagai perkara.
# Dengan gabungan ini, segala kegiatan ekonomi, sosial, pendidikan, profesional dan lain-lain dapat diarahkan kepada satu agenda, sokong menyokong dan sayang-menyayangi antara satu sama lain dalam semua perkara.
# Mempelawa semua ahli perniagaan, para profesional, pertubuhan dan ahli korporat mendaftar di bawah jaringan tersebut. Mereka akan dikategorikan mengikut kepakaran masing-masing dan disenaraikan dalam direktori, majalah dan web.
# Setiap ahli akan diberikan logo / sijil keahlian bagi memudahkan pengenalan sebagai ahli perniagaan. Para peniaga boleh meletakkan logo ini di premis perniagaan dan di barangan keluaran mereka.

Dan tujuan yang utama adalah untuk Menepati Etika Perniagaan Menurut Syariat Islam...

Lain-lain sijil boleh rujuk disini

Monday, February 17, 2014

Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali.

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang awal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. 

Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Salah satu kaedah rawatan yang semakin berkesan adalah dengan meminum Jus Walit keluaran DNA Global. Alhamdulillah, kebanyakan pesakit-pesakit gout yang mengamalkan minuman ini telah sembuh dan kini menikmati hidup yang lebih selesa.

Sekiranya anda atau saudara-mara yang mengalami penyakit gout ini... Apa kata ikhtiar pula dengan Jus Walit ini... Insya-Allah berkesan...


Lihat testimoni pengguna Jus Walit Disini

Hubungi saya Lokman (013-9199684) untuk konsultansi percuma dan pembelian produk.

Sunday, February 16, 2014

Anda Seorang Yang Gagal, Jika Anda…

Anda pastinya inginkan kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburi. Namun bukan mudah untuk menempa kejayaan. Ada sahaja halangan yang menjadi faktor penghalang untuk anda berjaya. Berikut merupakan faktor-faktor yang menjadikan anda seorang yang gagal :-

1. Tujuan Hidup Yang Tidak Jelas
Anda akan gagal jika anda tidak mempunyai tujuan untuk hidup. Tiada matlamat yang jelas adalah antara sikap individu yang gagal. Sebagai seorang yang berjaya, anda diwajibkan mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas... Sebagai contoh, hidup kita di atas muka bumi ini adalah untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT. Dengan adanya matlamat, maka tujuan hidup anda akan lebih jelas kerana ada panduan dan ikutan.

2. Tiada Inisiatif Meningkatkan Taraf Hidup
Seseorang yang tidak pernah mengambil peduli tentang masa depan atau mengubah taraf hidupnya tidak akan keluar dari kepompong kegagalan untuk selama-lamanya. Usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup. Berada di zon yang selesa adalah tidak selamat untuk anda. Kerana anda hanya mementingkan diri sendiri. Selamanya anda akan gagal jika masih berada di tahap yang sama.

3. Tiada Pendidikan
Ramai orang beranggapan tahap pendidikan memainkan peranan yang penting untuk seseorang itu berjaya. Itu adalah tidak benar. Apa yang sepatutnya adalah usaha yang berterusan disamping keinginan untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Tiada pendidikan tinggi tidak bermaksud anda gagal. Kerana terbukti, ramai orang yang berpendidikan rendah mampu mengecapi kejayaan berkat kesungguhan dan kegigihan sendiri.

4. Tiada Disiplin Diri
Mendisiplin orang lain memang mudah berbanding memaksa diri sendiri untuk lebih berdisiplin. Penguasaan emosi amat perlu dalam usaha mengawal sesuatu keadaan. Ini kerana tanpa penguasaan emosi yang betul, kita pasti akan berhadapan dengan masalah apatah lagi yang berkaitan dengan urusan perniagaan.

5. Tubuh Yang Tidak Sihat
Tidak ada seorang pun yang mampu melaksanakan kerja atau tugas dalam keadaan tubuh yang sakit. Untuk itu, elakkan diri dari terdedah kepada jangkitan kuman dan amalkan gaya hidup yang sihat, jauhkan dari merokok, makan pemakanan yang seimbang dan banyakkan senaman.

Bersambung untuk Tips yang seterusnya...

* Anda masih tercari-cari peluang perniagaan... Jom bersama saya di DNA Global 

Wednesday, February 5, 2014

Cabutan Bertuah DNA Global 2014

Cabutan Bertuah DNA Global Sdn Bhd  2014
1 Oktober 2013 - 31 Mac 2014


# Gambar Sekadar Ilustrasi Sahaja...
# Tertakluk kepada Terma Dan Syarat

P/S : Ianya KHAS untuk Ahli Berdaftar Sahaja... Jika berminat, sila hubungi saya untuk pendaftaran... 

Lokman (013-9199684)

Tahniah... Anda Hebat!!!

Keinginan yang kuat menjadi pra-syarat untuk berjaya mencapai apa yang kita hajati. Mungkin anda dah selesa dengan kehidupan anda sekarang. Tahniah! Anda Hebat! Dengan pendapatan anda hari ini, anda dah mampu menampung keperluan hidup yang semakin meningkat, inflasi yang semakin tinggi...

Adakah anda dah senang dan selesa dengan kehidupan anda hari ini? Syabas! Tetapi kepada meraka yang risau tentang inflasi, kos sara hidup bertambah, hutang rumah, hutang kereta, hutang bank... Saya ada solutionnya...

Anda pasti mendapat sesuatu yang menjadi kekuatan untuk anda menjadi KUAT, BERANI & BERTINDAK.. Ramai yang sedar, tetapi tak INSAF. Anda akan mendapat keinsafan yang akan menyedarkan diri sendiri kenapa kita perlu lakukan sesuatu demi keluarga tersayang, berazam melakukan yang terbaik untuk ibubapa, sahabat dan semua orang...

Suntikan & aura dari seorang anak muda ini pasti membuatkan anda mengalirkan air mata dan tak dapat melelapkan mata. KEKUATAN dalaman itulah penggerak... Apakah kata gerak hati anda… Fikir-fikirkan…

LinkWithin

.